“A |
rghhhh!!....”, jerit Yana ketika dia sedang membuat latihan addmath di dalam kelas 5 Ibnu Sina. Semua memandang kearahnya dengan wajah terkejut. ‘Oi ko nape ha... Yana ?... kot ye pon jangan lar jerit satu kelas nie.... aku pon pening gak jawab soalan uh...!!, kata Ilya kawan sebelah mejanya.
“ Huhu sori la aku terjerit.. tension giler tak dapat jawab nak kate susah tak jugak tapi aku da wat nak dekat setengah jam pon tak muncul-muncul gak jawapannye tu aku jerit haha...” jawab Yana dengan ketawanya sambil senyum kearah semua kawannya. Mereka semua tersenyum kearahnya . ni kerana mereka pon masih tak dapat jawapan untuk soalan yang diberikan oleh cikgu mereka.
Setelah sejam setengah kelas addmath berlalu, loceng pun berbunyi menunjukkan tanda waktu rehat telah pun bermula. Semua pelajar menengah atas keluar dengan muka kelaparan terutamanya kelas 5 Ibnu Sina yang terpaksa memerah otak dan tenaga menjawab soalan addmath yang diberikan oleh cikgu ain untuk pemilihan bagi kelas pertama, kedua dan ketiga. Jadi soalannye mestilah susah sedikit bagi menguji anak muridnya itu.
“ wey Atiah!!! Tunggu la aku kot ye pon...” laung Yana kearah Atiah yang meluru ke dewan makan dengan laju. “ Opss!!.. sori tertinggal ko.... haha ngatkn tak nak makan tadi ko cam nak tido je tu cepat-cepat gi dewan makan...”. mereka berdua berjalan bersama menuju ke dewan makan yang terletak beberapa batu dari kelas mereka.
Setelah sampai mereka pun mengambil kuih dan air yang disediakan oleh pekerja dewan makan sekolah dengan gembira. “ oi Yana ko nak tau tak Eunhyuk tak da girlfriend lagi??... haha tapi aku tak minat dia... ko nak amik la.. dia tengah free...” kata Ilya yang merupakan peminat Korea dan sering dilabelkan sebagai wartawan artis Korea di kelas mereka. “ la aku tak kisah pon la... aku kan ada Big Bang ngan C.N Blue.... haha “ ketawa Yana sambil memberitahu Ilya.
“ ye la tu... ak mnat si Donghae ngan Dong Joon.. haha.. macho weyh..” balas Ilya dengan muka yang bersinar. Atiah dan Ilyana saling berpandangan. Ilyana mengangkat bahu tanda tidak faham akan perangai Ilya yang begitu gila dengan mamat korea.... Atiah hanya tersenyum melihat perangai kawan-kawannya yang meminati Artis Korea. Baginya artis Inggeris lagi bagus haha.
Ketika mereka menghampiri kelas , cikgu Umi telah pun sampai .” La.. alamatnye kena denda la ni sebab lambat masuk”, kata Yana dalam hatinya. Cikgu Umi tersenyum kearah Ilyana, Atiah, Ilya dan Amirah yang lambat masuk ke dalam kelas lalu menunjukkan jari kearah depan kelas. Ini menunjukkan mereka terpaksa berdiri di hadapan kelas selama mana yang cikgu itu puas hati barulah mereka diberikan kebenaran untuk duduk di tempat masing-masing.
Selama lima belas minit mereka terpaksa berdiri. Ilya memegang kakinya yang lenguh akibat berdiri terlalu lama walaupun hanya lima belas minit sahaja yang dikenakan setelah dibenarkan duduk. Atiah dan Ilyana pula sibuk mencari buku teks Biologi untuk dirujuk ketika cikgu Umi sedang mengajar dihadapan. “ Tiah.. mane buku teks kite? Tak Nampak pon.. bawah meja pon tak de..” kata Yana dengan gelisah.
“ La mane aku tau... selalunye ko letak mane? Ntah-ntah kat bilik.. ko kan suka bace Biology haha..”, kata Atiah sambil ketawa kecil terhadap temannya. Ilyana mula gelisah kerana takut cikgu Umi akan bertanya kepadanya dimana buku teksnya. Dia terpaksa berpura-pura memberi perhatian ketika cikgu itu mengajar.
Setelah sejam berlalu, Cikgu Umi pun meminta diri untuk keluar awal kerana ada mesyuarat . Yana mengeluh tanda lega nasibnya baik hari ini. Tiba-tiba dia berasa pelik kerana kelasnya terasa sunyi semacam umpama malaikat lalu. Jadi dia pun memandang ke belakang kelas.
“ Oi, la kome tido ke... aku ingatkn dengar cikgu ajar tadi... patut la senyap semacam je...huhu”. “ eleh Yana jangan perasan la ko tu... kalo ko bawak buku teks mesti tido jugak cam mereka tu... tadi sebab ko gelisah je tu tak tido.. kalo tak bukan main lagi ko jadi orang pertama tido dalam kelas...”kata Atiah dengan bersungguh-sungguh.
Ilyana Farhana siapa tak kenal ratu tidur kelas 5 Ibnu Sina sejak dari tahun lepas. Ini kerana setiap kelas pasti dia akan tidur tak kira kelas itu setengah jam pun dia akan tertidur. Nak kata tak cukup tidur, tak jugak sebab tiap-tiap hari dia tidur awal di biliknya. Kawan baiknya pun tidak faham akan kawannya sendiri yang kuat tidur itu. Yang paling melucukan ketika beratur di perhimpunan rasmi pun dia boleh tertidur kerana pengetua bagi ucapan yang panjang berjela-jela.
Sedang lena tertidur dalam perhimpunan, tiba-tiba cikgu Rezaudin yang merupakan guru disiplin dan guru Fizik berdiri disebelahnya. Atiah yang beratur disebelahnya turut risau dia bakal dikejut oleh Cikgu Din itu lalu mencubit lengan kawannya. Ilyana terkejut lalu melatah disebelah cikgu Din. Sejak dari itu, semua menggelarkan dia sebagai ratu tidur termasuk Cikgu Din. Atiah tersedar daripada lamunannya mengenai kawannya itu. Banyak pengalaman yang melucukan apabila bersama Ilyana.....
Bersambung....
2 comments:
hoho!nice story!ilyana?ouch!huhu...
ak tgh wat nvel gak nih....nnti ak bgi ko taw!
haha thankz... follow la cite ak...
Post a Comment