Suatu hari,datang seorang lelaki beserta seorang anaknya menemui Saidina Umar Al-Khattab.Wajah anak itu mirip dan serupa dengan wajah bapanya hinggakan Umar hairan melihatnya.
Lalu,Umar berkata:''Saya tidak pernah melihat seekor gagak pun yang serupa dengan induknya.Apa yang saya lihat sekarang adalah wajah anak dan wajah bapa mirip sekali!!''
Lelaki itu berkata:''Ya Amirul Mukminin,sesungguhnya anakku ini pernah mengalami kejadian menakjubkan.Anakku pernah terbenam dalam tanah selama sembilan bulan.Dengan kuasa Allah,dia hidup kembali''.
Umar terkejut mendengar berita pelik itu dan bertanya:''Apa sebenarnya yang telah berlaku??''
Lelaki itu menjawab:'' Ketika anakku ini berada di dalam kandungan ibunya,aku berhasrat pergi belayar.Sebelum berangkat,aku berwudhuk dan solat 2 rakaat''.Setelah itu aku berdoa:''Ya Tuhanku,aku serahkan anakku yang berada di dalam perut ibunya ini kepada Engkau dan serahkanlah kepadaku dengan selamat apabila aku kembali kelak''.
''Kemudian,aku berlayar selama sembilan bulan.Ketika pulang dari berlayar,aku mendapat khabar bahawa isteriku telah meninggal dunia.Sambil berlinangan airmata dan pilu,aku pergi ke kuburnya.Sampai di sana aku terdengar suatu suara dari dalam kubur isteriku.Suara itu amat jelas sehingga aku mengambil keputusan untuk menggalinya''.
''Semasa kubur itu digali aku melihat mayat isteriku telah busuk dan hancur kecuali susunya masih tetap elok dan di saat itu anakku sedang menyusu.Akhirnya aku selamatkan anakku sambil bersyukur:''Ya Tuhanku,Engkau telah memberi kurniaan kepadaku dengan mengembalikan anakku ini.Maka,jika Engkau kembalikan pula isteriku,alangkah besarnya kurniaanMu kepadaku''.
''Tiba-tiba aku terdengar suatu suara bergema.''Engkau dahulu telah menyerahkan anakmu kepada Allah,maka sekarang ia dikembalikan semula kepadamu.Seandainya dulu engkau juga menyerahkan isterimu,sudah tentu sekarang akan dikembalikannya pula seperti Alalh mengembalikan anakmu dengan selamat''.
(dipetik dari majalah mastika November 2010)
~~SubahanAllah..cerita ni benar2 telah memberi pengajaran kepadaku..mengapa tidak kita serahkan segalanya kepada Allah setelah kita berusaha??Sesungguhnya,Allah adalah penolong terbaik..~~
No comments:
Post a Comment