With0ut a WorD...

without a word, you made me know love
without a word, you gave me your love
made me fill my self with your every breath,
then you ran away
without a word, love left me
without a word, love tossed me aside
not knowing what to say,
my lips must have been surprised,
because you came without a word...

sA pe bkak bl0g nih kne FoLLoW.... haha (",)v

Thursday, February 10, 2011

Resume.........10 Tips Untuk Membuat Resume

Jangan menghantar resume adk tanpa surat pengenalan diri. lni akan memberi tanggapan seolah-olah adk tidak berminat untuk mendapatkan kerjaya tersebut.
 
Surat pengenalan itu mesti dibuat dengan kemas dan teratur. Sebaiknya resume adk mestilah ditaipkan supaya ia kelihatan kemas dan lebih formal, mudah dibaca dan senang membuat pembetulan. Jangan kirimkan resume yang difotostat kerana ia akan memberikan imej buruk pada adk, seolah-olah adk tidak bersungguh-sunguh.
 
Resume harus ada dalam satu muka surat sahaja. Jadi, ia mesti ringkas, padat dan jelas.
Tulis sendiri! Tidak salah kalau adk membuat rujukan daripada contoh atau format yang sedia ada, tetapi sebaiknya adk tulis sendiri dan tentu hasilnya lebih memuaskan. Selain itu, adk juga harus jujur semasa membuat resume. Jika adk membesar-besarkan keupayaan adk, tentu adk akan malu jika ia diketahui orang nanti.
 
Elakkan 'gimik' seperti foto, lukisan kartun dan lain-lain. Resume harus formal dan bersih serta senang dibaca. Gimik yang diletakkan juga tidak akan mendapat penilaian yang lebih baik. Jadi jangan buang masa untuk membuatkan gimik itu. Lagipun, ia kelihatan seolah-olah adk masih lagi kurang matang, tidak dapat bezakan surat formal dan peribadi.
 
Resume adk harus difokuskan dalam bidang kemahiran adk sendiri terutamanya dalam bidang yang berkaitan dengan kerjaya yang kamu pohon itu.
Gunakan nombor atau garisan supaya resume adk kelihatan kemas.
Resume kamu juga harus tepat dan khusus kepada topik yang dibincangkan supaya ia kelihatan aktif dan positif.
 
Jangan bazirkan ruangan dengan perkataan yang tidak penting. Biarlah setiap perkataan yang ditulis itu bermakna dan menyokong objektif penulisan resume kamu.
Buatlah beberapa draf dan berikan resume kamu kepada beberapa orang untuk diperiksa. Jika terdapat kesalahan dari segi tatabahasa atau ejaan, buatlah pembetulan. Resume yang mempunyai banyak kesalahan akan memberikan kesan buruk kepada pembacanya
 
Cara Menulis Resume yang Baik


Resume adalah langkah paling asas dalam membuat pemohonan kerjaya. Resume yang baik harus memberi kesan yang positif kepada penemuduga. Resume yang baik harus meliputi semua aspek di bawah:

1. Isi kandungan

Unsur-unsur dalam resume itu mesti standard.s.

2. Asas

la termasuk nama, nombor telefon, alamat dan e-mail (jika ada). Kamu juga harus sertakan dengan dua keping foto saiz berukuran pasport bersama resume tersebut.

3. Objektif

Objektif merujuk kepada matlamat kerjaya dan kemahiran kamu. la boleh ditulis dalam satu atau dua ayat sahaja. la juga boleh diabaikan tetapi ramai penemuduga harap dapat membacanya.

4. Pendidikan

Senaraikan semua kelulusan akademik kamu daripada peringkat sekolah rendah hinggalah peringkat tertinggi yang kamu miliki. la termasuk jurusan yang diambil, gred atau markah purata, anugerah yang diterima.

5. Kemahiran khusus

Nyatakan kemahiran yang kamu miliki temmasuklah bahasa, sama ada dari segi penulisan atau pertuturan, penggunaan komputer atau kemahiran lain yang berkaitan dengan kerjaya yang kamu pohon itu.

6. Aktiviti

Senaraikan aktiviti-aktiviti yang telah kamu lakukan seperti hobi, kerja sukarela dan lain-lain yang dapat menunjukkan kewibawaan kamu. Selalunya penemuduga akan dapat tahu pesonaliti kamu melalui aktivi yang kamu ikuti itu.http://www.blogger.com/post-create.g?blogID=8169982121759217753


7. Rujukan

Kamu harus menyatakan bahawa kamu bersedia untuk memberi penerangan sekiranya pihak penemuduga mempunyai apa-apa pertanyaan.

Itula satu pmikiran rkn-rkn adk yg agak jumud dlm pggunaan BI..Takpe,adik cuma harus berusaha juga bgaimna cara menguasai BI dgn lbh lancar dn jelas.Dptkan nasht gru BI terdkt..Ingat!!jgn sekali-kali putus asa dlm berkomunikasi BI..Cikgu harap kamu berjaya!!

No comments: