KEPUTUSAN SPM 2010 | | | |
Written by suhaidah | |
Wednesday, 23 March 2011 03:20 | |
Tahniah dan syabas kepada semua calon SPM tahun 2010 kerana telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan pada hari ini. Anda telah berjaya membuktikan bahawa anda boleh mencapai kejayaan yang cemerlang jika ada kesungguhan dan usaha gigih tanpa mengenal putus asa. Kejayaan yang anda capai ini juga akan menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada calon-calon SPM pada tahun ini. Bersyukurlah dengan kejayaan yang telah anda peroleh hari ini dan jadikannya sebagai titik permulaan untuk mencapai kejayaan yang seterusnya. Semua guru dan ibu bapa anda juga pastinya sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Pasti mereka sentiasa tersenyum melihat kejayaan anda kerana titik peluh mereka selama ini untuk melihat kejayaan anda menjadi kenyataan pada hari ini. Guru-guru begitu gembira apabila melihat keputsan SPM 2010 Temuramah pelajar terbaik (Noor Shahira) oleh TV Al Hijrah Dari kiri Nur Afini, Nur Raihanah, Nur Liyana, Nurul Farhana, Noor Shahira, Siti Nadhirah, Najwa, Nurul Ain, Hannis 12 orang pelajar mendapat straight A.... Duduk dari kiri Farhana, Nur Izzah, Nurlaiqa, Hannis, Nurul Ain Berdiri dari kini, PK HEM, Hajjah Ummi Maznom, Nur Afini, Liyana, Najwa, Nur Raihanah, Siti Nadhirah, Nur Hazwani, Noor Shahira, PK Pentadbiran Hajjah Noor Aini Berikut adalah senarai Pelajar Terbaik SPM 2010 dengan keputusan 12A 1. Noor Shahira bt. Ahmad Kamal 9A+ 2A 1A- 2. Nurul Ain bt. Hamzah 6A+ 6 A 3. Siti Nadhirah bt. Zahari 3A+ 6A 3A- 4. Nurul Farhana bt. Mohd Amin 4A+ 6A 2A- 5. Hannis NurulAinie bt. Mat Som 4A+ 4A 4A- 6. Najwa bt. Shahrir 4A+ 5A 3A- 7. Nur Liyana bt. Malek 4A+ 5A 3A- 8. Nur Raihanah bt. Mohd Shobri 2A+ 6A 4A- 9. Nur Afini bt. Razali 3A+ 4A 5A- Straight A untuk kelas Thanawi 1. Nur 'Izzah bt. Mohamad Zahid 4A+ 7A 2. Nurzulaiqa bt. Nazri 4A+ 6A 3. Nur Hazwani bt. Rifai 4A+ 2A 4A- Prestasi Sekolah-Sekolah Negeri Perak Mengikut Gred Purata Sekolah GPS 1. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 1.63 2. SPP Intergrasi Gopeng 1.94 3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) 2.01 4. SMK Bagan Datoh 2.13 5. SMK Sains Raja Tun Azlah Shah (SERATAS) 2.19 6. SM Sains Teluk Intan 2.25 7. Sekolah Raja Perempuan Taayah 2.24 8. Sek. Izzuddin Shah 2.56 9. SMKA Kerian Semanggol 2.71 10. SMK Ave Maria Convent Ipoh 2.75 Tahniah kerana sekolah taayah menduduki tempat ke tujuh dan juga merupakan sekolah agama terbaik negeri perak. Sekolah ICT Terbaik Perak Tahniah juga kepada pelajar ICT 2010 kerana berjaya merampas kembali tempat pertama dengan ini sekolah Raja Perempuan Taayah adalah sekolah Subjek ICT terbaik negeri perak. Terdapat 50 buah sekolah yang menawarkan subjek ICT dinegeri perak. Terima kasih kepada pelajar ICT tahun 2010 kerana berjaya mengharumkan nama sekolah. Keputusan penuh SPM 2010 wah2.... nie ler yg terjadi hahaha hebatnye meke.... btw.. kite sume HEBAT an...!!! i l0ve my batch!!!! huhu all da best at universiti 0keyh.... aja2 figthing sume.... (^_^)v |
No comments:
Post a Comment