With0ut a WorD...

without a word, you made me know love
without a word, you gave me your love
made me fill my self with your every breath,
then you ran away
without a word, love left me
without a word, love tossed me aside
not knowing what to say,
my lips must have been surprised,
because you came without a word...

sA pe bkak bl0g nih kne FoLLoW.... haha (",)v

Saturday, April 9, 2011

pr0gram meNara gading 2011, ip0h mali... (~_~)v

  salam... sbnarnye malas ler nak tulis panjang2 just wanna 2 share a little 0f ph0t0s al0ng at da pr0gram... at first we all get da taklimat fr0m 0ur pengarah pr0gram pmg nie... iaitu saudara Muhammad Ukasyah Azhari..

then... at night we are divided int0 0ur gr0up masing2... 

  this time at sec0nd day...
kite0rg sume bnyak gler aktiviti sec0nd day nie.... dr pg smpai mlm x henti2.. ye ar 3 hari je p0n.. mesti ler sumbat bnyak2 tme ari ke2... ahaha
even penat tp stilL best!! (",)v

nie time waktu pagi.... ade main permainan kaki gajah ngan 0rg bute...

                                   yg ni time petang.... kene wat kat dlm jer sbb ujan... (!_!)v


gamb0r bawah ni lak time expl0race.... tme pmg nie asyik ujan je semedang... ahaha rezeki turun... alhamdulillah ler... x yah le kite0rg lari2 hahaha 

tp basah lec0n tu mang ler... redah ujan ler... ke sane ke sini mencari klue str0snyer... ahahaha...
then bler last kli kene wat aiskrim... tp kumpln kte0rg 0rg first x jdik... sedey gler.... terpelanting n pecah... ahaha mal0o kene gelak ngan sume... tp x pe kte0rg dpt minum air dutchlady.... ahaha

kene wat trademark n name ahli kumpln...



abg wafy bg name bangunan parking l0t kat kte0rg nyer bangunan... hahaha
 gmb0r atas ni plak tme mlm ari ke2... gler nak mati kene tindas ngan fc tme wat bangunan nie... da ler siap tut0p lmpu lgi... gune lmp0 enset ja .. hahaha pnat gler asyik2 runtuh lastly ni jdik kat bngunn kte0rg... hahaha 
da x larat da... ('!_!')v

ustaz ni bg ceramah best gler... haha tp x clear... kat blah wanita..
 mlm ade sdikit ceramah dri ustaz ni... x ngat le name per.. huhu s0ri.. x clear tme gtau name ustaz nih....
best le gak.... walaup0n pnat.. huhu

  haa nie da ari last... kte0rg dgar taklimat dri KISDAR ngan UNIKL.... and isi b0rg maklumat.... untuk ms0k u uh... lastly ade mjlis penutup n tangkap gmb0r ramai2 atas pentas.....


lastly... nak ucapkn kat semua fc dan pengarah pr0gram yg sudi membuat pr0gram nih t0k kte0rg sume dak perak nih... thanks a l0t..!!!! 


nih gamb0r2 fc... s0ri kal0 gamb0 yg len x de... huhu nih p0n amik kat 0rg nyer album haha...
s0ri yer....


~..HIDUP BIAR BERJASA..~


Friday, April 8, 2011

sweEt sT0ry...... (^_^)v


Aisyah benar-benar keliru dengan sikap kekasihnya. Siang, malam, mesejnya satu pun tidak berbalas. E-mailnya terus lengang seiring dengan waktu yg terus berlalu. Dia sangat tertekan waktu itu. Aisyah memerlukan seseorang untuk menjadi tempat luahan bicaranya, tempat mengadu segala keperitan, tempat berkongsi suka dan duka.

Masih segar lagi diingatannya sewaktu dia dan Tariq bersama,kemana sahaja tentu mereka akan berdua. Setiap kali hujung minggu, sudah tentu panggung wayang akan menjadi destinasi utama mereka. Duduk berdua-duaan menjadi perkara yg amat dinantikan olehnya. Namun kini, semua itu hanya tinggal kenangan. Tariq bukan kekasih yg dikenalinya dulu, dia kini tidak lagi bersamanya untuk berkongsi suka dan duka. Janji-janji manis Tariq untuk bersama-sama membina istana berlandaskan syariat seakan-akan terkubur kini. “Kau jantan penipu! Kau pendusta! Aku benci kau!” hari demi hari, hati Aisyah makin kuat menjerit melepaskan kebencian, namun yg berkunjung hanyalah kerinduan terhadap seorang mahluk yg bernama lelaki itu.



Sehinggalah pada suatu hari, Aisyah bertemu dengan seorang gadis di sebuah program motivasi. Pertemuan didalam sebuah majlis yg singkat itu tidak diduganya membuahkan sebuah persahabatan yg berkekalan. Gadis itu amat lembut pekertinya. Auratnya dijaga rapi dan tutur katanya diatur sempurna. Danisya, itulah nama yg diungkapkan gadis itu sewaktu Aisyah menghulur tangan tanda perkenalan. Mulanya Aisyah tidak tertarik untuk mendekati gadis itu, namun kepetahan dan kebijaksanaannya berbicara, akhirnya hati Aisyah tertarik untuk mengenalinya dengan lebih rapat.

Sejak mengenali Danisya, Aisyah mula mendekati Islam sebenar-benarnya. Itu tidaklah bermakna Aisyah yg dahulu jauh daripada agama, namun kini dirasakannya perjalanan kehidupannya lebih terpelihara. Jika dahulu dia memakai tudung gaya moden yg menonjolkan dadanya, kini tudung itu menjadi bertambah labuh. Jika dahulu, T-shirt dan jeans menjadi pilihan pemakaian hariannya, kini jubahlah pula yg menjadi pembalut tubuh agar tidak menjadi bahan tatapan lelaki-lelaki berhidung belang. Hari demi hari, Aisyah seakan-akan mampu melupakan Tariq. Kini Danisyalah dunianya, segala masalah dikongsikan bersama. Kehadiran Danisya mampu menggantikan tempat Tariq. Yang anehnya, Danisya seolah-olah seperti Tariq versi wanita baginya.



Saban hari, semakin ramai yg gemar untuk berdampingan dengan Aisyah. Dia amat bahagia kini kerana dikurniakan ramai sahabat yg ada untuknya meluahkan rasa suka dan duka. Ramai pemuda  cuba untuk mendekatinya, namun Aisyah segera menolaknya kerana dia sedar, cinta kepada seorang lelaki mampu membunuhnya. Apa yg dinantikannya kini hanyalah CINTA kepada ilahi dan bukannya cinta sementara rekaan syaitan bertunjangkan hawa nafsu. Cinta selepas kahwin menjadi idamannya kini. Bila dan siapa orangnya, biarlah Allah sahaja yg menentukannya.

Kini genaplah lima tahun pengajiannya di Institut Perguruan Kampus Gaya. Minggu hadapan, dia akan mula bercuti. Aisyah sudah mula sibuk mengemaskan barang-barang untuk pulang ke kampung halaman. Tiba-tiba Danisya datang mengirimkan sepucuk surat kepada Aisyah. Tanpa sebarang bicara, Danisya berlalu pergi. Perlahan-lahan, Aisyah membuka sampul surat berwarna biru itu. Hatinya berdebar-debar, kerana dia kenal benar dengan tulisan tangan disampul surat  itu. Tulisan insan yg pernah membuat hidupnya sengsara dahulu.

Assalamulaikum,

Kehadapan Aisyah binti Abdul Halim, gadis yg selalu kusayangi sejak dahulu, kini dan InsyaAllah, untuk selama-lamanya. Maafkan diriku kerana telah lama menghilang tanpa sebarang berita. Aku pergi bukan kerana ingin meninggalkanmu tapi aku pergi kerana aku mahu mencari CINTA dariNya.

Mungkin dahulu aku pernah membawamu kedunia penuh kelalaian. Atas desakan hawa nafsu, aku mengajakmu melanggar batas-batas syariat. Mujur, aku tersedar lalu kutinggalkan kamu sendirian merangkak dalam kepayahan. Aku turut berduka kerana kehilanganmu. Siang, malam, hari-hariku terasa perit tanpa adanya kamu. Mungkin kau tidak menyedari, aku sering memerhatikan kamu. Mesej-mesej pertanyaan khabar darimu sengaja kubiarkan tidak berbalas. Maafkan aku.

Kuhadiahkan kamu adikkku, Danisya sebagai penggantiku, teman sewaktu kamu senang dan susah. Segala perkembangan tentang kamu, selalu kutanyakan kepada adikku. Kadang-kadang ada juga kau mengeluh tentangku, saat itu, aku terasa berat untuk menjauh darimu. Namun, aku perlu berbuat begitu, kerana aku perlukan masa untuk mengambilmu sebagai isteri. Ilmu agama perlu kuperdalami, ilmu dunia perlu kutuntut agar aku mampu mencari rezeki buat kita berdua.

Kini sudah tiba masanya untuk ku sunting dirimu. Apa yg perlu kau tahu, saat kamu membaca surat ini, rombongan meminang telah pun kuhantar kerumahmu. Kuharap kau sudi untuk menerimaku sebagai suamimu.
Sekian, wasalam.

Yg Benar,
Tariq.

Aisyah terdiam seketika, hatinya berbunga. Dalam esakan tangisan dia tersenyum. Dia bahagia kini. Tidak disangka, insan yg dahulunya dianggap pengkhianat, penipu dan pembelot rupa-rupanya seorang kekasih yg sejati. Benarlah, begitu indahnya cinta andai ada CINTA kepada Allah Yang Maha Esa. Aisyah mula menyambung kembali tugasnya. Tidak sabar untuknya pulang menanti hari-hari bahagia apabila dia dan Tariq disatukan nanti. Indahnya hidup berlandaskan syariat, itulah kisah Tariq dan Aisyah, anda bagaimana?



Hasil Nukilan : Jazulfadli Jamaludin

Thursday, April 7, 2011

muHasabaH diRi..... (!_!).....


Renungan Kehidupan...

Setelah solat malam, ditengah keheningan malam … 
cuba kita semua renungkan tentang:~ :

1. KEPALA kita! 

Apakah ia sudah kita tundukkan, rukukkan dan
sujudkan dengan segenap
kepasrahan seorang hamba
yang tiada daya di hadapan
Allah Yang Maha Perkasa??atau ia masih
tetap berdiri megah dengan segala keangkuhan dan
kesombongan sebagai seorang manusia?

2. MATA kita!

Apakah ia sudah
kita gunakan untuk menatap
keindahan dan keagungan
ciptaan-ciptaan Allah Yang Maha Kuasa, atau kita gunakan untuk
melihat perkara-perkara keji dan maksiat?

3. TELINGA Kita!

Apakah ia sudah kita gunakan untuk
mendengarkan suara azan,
bacaan Al Quran, seruan
kebaikan, atau kita gunakan
utk mendengar perkara yang sia-sia dan tidak bermakna?

4. HIDUNG Kita! 

Apakah sudah
kita gunakan untuk mencium
sejadah yang terhampar di
tempat solat, mencium anak-anak tercinta serta
mencium kepala anak-anak yatim piatu yang telah kehilangan kedua
orang tua??Ingatlah,mereka sangat 
mendambakan cinta dari orang yang menyayangi mereka.

5. MULUT kita!

Apakah sudah kita
gunakan untuk bercakap tentang
kebenaran dan kebaikan??
nasihat-nasihat bermanfaat serta kata-kata bermakna..
atau kita gunakan untuk
mengatakan kata-kata tak
berguna dan berbisa serta
mengeluarkan penyakit lisan seperti:
bergibah, memfitnah, mengadu domba, berdusta
bahkan menyakiti hati sesama manusia?

6. TANGAN Kita!

Apakah sudah
kita gunakan utk bersedekah
kepada orang yang lemah, membantu
sesama yang kena musibah,
membantu sesama yang memerlukan bantuan, mencipta karya yang
berguna bagi ummat atau kita gunakan untuk mencuri,
merompak, menzalimi orang lain serta merampas
hak-hak serta harta orang yang tak berdaya?

7.KAKI Kita!

Apakah sudah kita
gunakan untuk melangkah ketempat ibadah, ke tempat
menuntut ilmu bermanfaat, ketempat-tempat pengajian
yang kian mendekatkan hati kita kepada Allah Yang Maha Penyayang
atau kita gunakan untuk melangkah ke tempat maksiat dan kejahatan?

8. DADA Kita!

Apakah didalamnya
tersimpan perasaan yang
lapang, sabar, tawakal dan
keikhlasan serta perasaan
selalu bersyukur kepada Allah Yang Maha Bijaksana,
atau di dalamnya tertanam ladang jiwa
yang tumbuh subur daun-daun takbur, biji-biji bakhil, benih iri
hati dan dengki serta
pepohonan berbuah riya?

9. PERUT kita! 

Apakah didalamnya diisi oleh makanan halal dan makanan
yang diperoleh dengan cara yang halal sehingga semua
terasa nikmat dan berkah. Atau didalamnya diisi oleh makanan
yang diperoleh dengan cara yang tidak halal, dengan segala
sifat tamak dan kerakusan kita?

10. DIRI kita!

Apakah kita sering
tafakur, tadabur, dan selalu
bersyukur atas setiap kurnia dan nikmat yang
diberi oleh Allah Yang Maha Berkuasa?

Renung-renungkanlah..Semoga kita Terhindar dari perbuatan maksiat dan sentiasalah istiqamah di jalanNYA..

InsyaAllah,Amin Allahumma Amin.

cinTa... 0h... cinTa....


jawapan cinta seorang SAHABAT


Sejak kebelakangan ni, saya asyik dengan kerja-kerja sekolah yang bertimbun. Baru-baru ni, saya luangkan sedikit masa bersama seorang rakan. Saya agak terkejut dengan perkhabarannya. Dia dan dua orang lagi sahabatku sedang dilema cinta. 

Ya Allah! Banyak yang saya ketinggalan tentang cerita sahabat-sahabat saya. Walaupun belajar sama-sama, namun, masa yang selalu mencemburui saya sering menghalangi saya dan sahabat-sahabat untuk bersama dan meluahkan isi hati masing-masing.


Dia memulakan luahannya. Dia jatuh hati dengan seorang rakan kami. Dia terpikat dengan peribadi lelaki itu. Lelaki itu baik dengannya, lembut dalam berbicara. Dia mengaku, dia sebenarnya takut untuk beritahu saya. Saya gembira kerana dapat mendengar masalah hatinya. Saya gembira kerana dia sedia membantu dirinya sendiri. Sebenarnya, dia tidak perlu berasa takut dengan saya tetapi berasa takut dengan Allah. Dia inginkan jawapan daripada luahan hatinya. Dia meminta pandangan saya. Dia takut, dengan melayan perasaan yang tiba-tiba muncul itu akan mengganggu gugat hati yang sedang mengejar impian. Dia juga berkata,

“kalau macam ni la, aku lebih rela kahwin muda daripada diselubungi dosa. Aku tak nak lalai. Bila aku ingat dia je, aku akan tidur untuk lupakan dia. Aku risaulah kalau aku betul-betul jatuh hati dengan dia.”

JAWAPAN CINTA


Saya hanya menganggukkan kepala dan menjawab :

Cuba kita fikir balik. Apa kelebihan dan faedah kalau kita bercinta? Ya! Memang rasa suka itu fitrah. Perasaan memang selalu datang tanpa diundang. Bila rasa tu nak datang, dia tak pernah bagi salam dulu. Rasa tu main datang je kan. Allah tak bunuh fitrah kita tu, tapi, ada jalan penyelesaian yang lebih baik dan diberkati-Nya. Salurkanlah rasa suka itu hanya pada peribadinya, contohilah yang baik, jangan sampai cinta menodai hati kita. Bila kita melayan perasaan, syaitan akan memainkan peranannya iaitu mengganggu gugat hati dan fikiran kita untuk ke arah memikirkan si dia lebih dari mengingati Dia.



Berhati-hati dalam menjaga hati

Berdoalah selalu agar kita diteguhkan hati untuk melayari bahtera dunia yang semakin fana’. Kita kena istikharah daripada sekarang. Tapi, jangan ingat si dia dalam istikharah kita sebab kita akan cenderung pada dia. Nafsu dan syaitan akan mengganggu kita. Berdoalah agar kita dikurniakan Allah pasangan yang baik dan soleh. Untuk dapatkan yang soleh, kita kenalah jadi solehah dulu.

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah al-Nur : 26)

Cuba kita fikirkan, sampai bila kita yakin kita boleh suka dan sayang orang tu? Sampai kita umur 20 tahun? 24 tahun? Selamanya? Umur kita masih muda untuk memilih pasangan hidup kita. Fikirlah jangka masa panjang jika hati sudah mula hendak memiliki. Andai kita bercinta di usia muda, apa matlamat hubungan cinta itu? Bagaimana pengakhirannya? Adakah dengan nikah? Adakah sebagai tunang? Atau hanya sebagai pasangan yang hangat bercinta di sekolah saja? Bagaimana pula jika kita putus di tengah jalan? Takkah sia-sia? Takkan kita nak bagi pasangan sehidup semati kita sisa-sisa cinta saja? Takkan kita nak serahkan sisa cinta untuk suami kita nanti? Patutkah? Fikirlah untuk jangka masa panjang.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah al-Israa’ : 32)

 FIKIR-FIKIRKAN
Cuba pula kita renungkan, ibu dan ayah kita susah payah cari duit, bekerja, semata-mata untuk membiayai pembelajaran kita. Bukan berpuluh tapi beratus malah sudah beribu agaknya jika dihitung dari kita tadika hinggalah ke peringkat sekarang. Takkan kita nak hampakan harapan mereka hanya kerana satu perasaan? 

Daripada kita topup RM10 seminggu, cuba kita kumpul, kan banyak tu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Berbaloikah kita membazir dengan topup hanya untuk menghubungi (mesej, calling) si dia yang belum jamin lagi dia akan jadi milik kita. Bolehkah kita pasti dan yakin bahawa dia milik kita dan kita milik dia? Pastikah? Ramai lagi yang akan kita temu bila sudah bertemu dengan dunia luar seperti di universiti atau kolej dan sebagainya. Kalau kita bagi lampu hijau pada syaitan, macam-macam syaitan boleh buat.

Fikirkan juga perasaan Allah. Jangan sesekali pinggirkan Allah dalam soal hati kita. Luahkanlah segala-galanya pada-Nya kerana Dialah kaunselor yang terhebat dan terbaik. Ayat-ayat cinta-Nya mampu meranapkan dinding gelisah, sedih dan tidak tenteram yang bersarang dalam hati dan jiwa kita. Solatlah untuk mendekatkan lagi kecintaan kita pada-Nya. Berdoalah pada-Nya kerana Dia adalah penolong terbaik kita semua.
Ya Allah..

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.” (Surah al-Baqarah : 286)

Berhati-hatilah dalam menjaga hati kerana di situ letaknya iman, tumpahnya takwa.  Andai hati kita dicemari dosa dan noda, maka matilah hayat sekeping hati itu untuk bertasbih kepada-Nya

I Like this s0ng...(~_~)v


this is da lyrics... lets sing this s0ng t0gether... ahaha...

(Dawud Wharnsby Ali, Muhammed Bhikha & Rashid Bhikha ( Fakazi Ngwekazi (Nhlanhla), Linda Gcwensa & Mfana Nxumalo (Sipho)

A little boy went first day at school
He got some crayons and he started to draw
He put colors all over the paper
For colors was what he saw
The teacher said, "What you doin' young man?"
"I'm paintin' flowers see"
"Well this is not the time for art young man
And anyway flowers are green and red
There's a time for everything young man
a way it should be done
You've got to show concern for everyone else
For you're not the only one"
And she said...
"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher said… "You're sassy
There's a way that things should be
And you'll paint flowers the way they are
So repeat after me..."
she said...

"Flowers are red
Green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than they way they always have been seen "
But the little boy said again...
"There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one"
Well the teacher put him in a corner
She said… "It's for your own good…
And you won't come out 'til you get it right
responding like you should"
Well finally he got lonely
Frightened thoughts filled his head
And he went up to that teacher
And this is what he said
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen"


Well time went by like it always does
he moved to another town
And the little boy went to another school
And this is what he found
The teacher there was smilin'
She said..."Painting should be fun
And there are so many colors in a flower
So let's paint every one"
that little boy painted flowers
In neat rows of green and red
And when the teacher asked him "why"

This is what he said..
"Flowers are red, green leaves are green
There's no need to see flowers any other way
Than the way they always have been seen."
But there must still be a way to have our children say,
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one
There are so many colors in the rainbow
So many colors in the morning sun
So many colors in the flower and I see every one

 

Monday, April 4, 2011

my result was reveaLed!!!!! (^_^)v

KEPUTUSAN SPM 2010 PDF Print E-mail
Written by suhaidah   
Wednesday, 23 March 2011 03:20
Tahniah dan syabas kepada semua calon SPM tahun 2010 kerana telah berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang diumumkan pada hari ini. Anda telah berjaya membuktikan bahawa anda boleh mencapai kejayaan yang cemerlang jika ada kesungguhan dan usaha gigih tanpa mengenal putus asa. Kejayaan yang anda capai ini juga akan menjadi pembakar semangat dan pendorong kepada calon-calon SPM pada tahun ini. Bersyukurlah dengan kejayaan yang telah anda peroleh hari ini dan jadikannya sebagai titik permulaan untuk mencapai kejayaan yang seterusnya. Semua guru dan ibu bapa anda juga pastinya sentiasa mendoakan kejayaan anda semua. Pasti mereka sentiasa tersenyum melihat kejayaan anda kerana titik peluh mereka selama ini untuk melihat kejayaan anda menjadi kenyataan pada hari ini.
Guru-guru begitu gembira apabila melihat keputsan SPM 2010
Temuramah pelajar terbaik (Noor Shahira) oleh TV Al Hijrah

Dari kiri Nur Afini, Nur Raihanah, Nur Liyana, Nurul Farhana, Noor Shahira, Siti Nadhirah, Najwa, Nurul Ain, Hannis
12 orang pelajar mendapat straight A....
Duduk dari kiri Farhana, Nur Izzah, Nurlaiqa, Hannis, Nurul Ain
Berdiri dari kini, PK HEM, Hajjah Ummi Maznom, Nur Afini, Liyana, Najwa, Nur Raihanah, Siti Nadhirah, Nur Hazwani, Noor Shahira, PK Pentadbiran Hajjah Noor Aini
Berikut adalah senarai Pelajar Terbaik SPM 2010 dengan keputusan 12A
1.  Noor Shahira bt. Ahmad Kamal  9A+  2A   1A-
2. Nurul Ain bt. Hamzah 6A+ 6 A
3. Siti Nadhirah bt. Zahari   3A+  6A  3A-
4. Nurul Farhana bt. Mohd Amin 4A+ 6A 2A-
5. Hannis NurulAinie bt. Mat Som  4A+ 4A  4A-
6. Najwa bt. Shahrir   4A+  5A  3A-
7. Nur Liyana bt. Malek   4A+  5A  3A-
8. Nur Raihanah bt. Mohd Shobri  2A+ 6A 4A-
9. Nur Afini bt. Razali 3A+ 4A  5A-
Straight A untuk kelas Thanawi
1. Nur 'Izzah bt. Mohamad Zahid 4A+ 7A
2. Nurzulaiqa bt. Nazri 4A+ 6A
3. Nur Hazwani bt. Rifai  4A+ 2A 4A-
Prestasi Sekolah-Sekolah Negeri Perak Mengikut Gred Purata Sekolah GPS
1. Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 1.63
2. SPP Intergrasi Gopeng  1.94
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) 2.01
4. SMK Bagan Datoh 2.13
5. SMK Sains Raja Tun Azlah Shah (SERATAS) 2.19
6. SM Sains Teluk Intan 2.25
7. Sekolah Raja Perempuan Taayah 2.24
8. Sek. Izzuddin Shah 2.56
9. SMKA Kerian Semanggol 2.71
10. SMK Ave Maria Convent Ipoh 2.75
Tahniah kerana sekolah taayah menduduki tempat ke tujuh dan juga merupakan sekolah agama terbaik negeri perak.
Sekolah ICT Terbaik Perak
Tahniah juga kepada pelajar ICT 2010 kerana berjaya merampas kembali tempat pertama dengan ini sekolah Raja Perempuan Taayah adalah sekolah Subjek ICT terbaik negeri perak. Terdapat 50 buah sekolah yang menawarkan subjek ICT dinegeri perak. Terima kasih kepada pelajar ICT tahun 2010 kerana berjaya mengharumkan nama sekolah.
Keputusan penuh SPM 2010
 wah2.... nie ler yg terjadi hahaha hebatnye meke.... btw.. kite sume HEBAT an...!!!
i l0ve my batch!!!! huhu all da best at universiti 0keyh....
aja2 figthing sume.... (^_^)v

le$en 0h le$en..... (~_~)v

salam....

t0day I wanna t0 tell y0u ab0ut my car test.... it's due at 22.3.2011.... uhh!!
erm 3 days I practised hardly wif my ejen.... always getting sc0ld by da ejen.... lastly I cried.... huhu (!_!') 
i fell s0 ashamed c0z getting sc0ld in fr0nt 0f many pe0ple at da sekt0w huhu...
mal0 k0wt... 
then........
c0me da day 0f my test....
actually dpt sesi ke2.. n0 2 ... x le tk0t sgt.. huhu...
smpai2 je kat sekt0w trus kene gi bilik amik n0.... pehtu tgu le jpj uh bg ceramah.... da le tme nak amik n0 uh 0rg sekt0w salah bg n0 ak kat 0rg len... malu jer cine yg dpt uh.... sian2..
lpas je ceramah ak tr0s pec0t g t0ilet... 
tetbe lak rase kec0t nak wat bukit... ye le kene marah sbb ak x pas buat bukit 4jam uh... 
pnat ak ulang-alik turun naik bukit....
buat benda yg sme je... lawak2....
erm... tme kat t0ilet uh ramei la lak... kene ler tgu... 
alhamdulillah ade dak baik bg ak mas0k lu sbb die tau ak n0 2.... hahaha... kuar2 je t0ilet sume da d0k kat kerusi masing2....
ak p0n cri le n02.. aduusss!!! sblah MAN lgi..
bi0r ler.. haha duduk le dgn s0pan+sntun huahua....
ermmm then kete KanCiL uh da sampai.... ak kene ler wat...
" n0 2 pegi kat kete sblah ni...."
ak p0n angguk je le ape yg cina sekt0w uh suruh....
bler mas0k jer tr0s bce d0a nek kete... haha
then bler nak jalan mati le lak enjin.... mal0o gler...
haha... 
"hey2... rileks ler,..... k0 nak ulang ker??? haha wat lek l0k... step by step 0k...."
ak p0n wat ler.... then 0k!!!
" pass.... sila tulis name ngan tandatngan yer..."
haha... ak p0n blah ler trun bukit.... then str0snyer ke tmpat parking....
jumpe JANNAH HAMID0N.... 
die da pass... huhu
cuak gak... anyways bler da wat abeh... akhirnya ak pass gak.... ensem gak jpj yg jage kat parking l0t uh hahaha
gatal2... bese le.... sume gatal kal0 jmpe laki ensem tmbh2 kal0 muke cam k0rea ckit....
haha bt0l x ILYA, NAJWA SHAHRIR, MARLENE????..... hahaha
erm... 
pehtu tgu la plak t0k jln raye.... dpt jalan A...
bler da sampai gilirn ak p0n tr0s ler naik....
wat le 5 perkara....
eh cam knl lak jpj sblah ak... haha
jpj tme ak test m0t0 upenye...
wat rileks je ar... cm da knl daa hahaha
die ttbe suh wat jln C.... 0k!! ak p0n stat ler bawak...
c00ollL jerp... then lagi 5 minit nak sampai... kete ak terhenjut2.... and DIE....
ahahaha... ape lgi kelam kab0t ak ngan jpj uh.... 
die tr0s tarik signal kecemasan.... then suh ak stat enjin.... ad0osss!!! mal0 k0t... 2 kali mati....
gagal ker???? 0h n0... penat le nak ulang.....
smpai2 je sekt0w die tr0s bg ak result n kuar...
ak p0n terpinga2.... lulus ker gagal nih???
erm ak amik beg dulu... bru ler tg0k result yg die tulis kat citu...
eh2 16/20 ler... yeay!!! ak lulus... alhamdulillah.... ahahaha... 
anyways... tq jpj... l0ve u... huhu thanks t0 ALLAH....c0z HIM make da j0urney easier n sm0oth like n0thing happened... huhu
i fell s0 happy.....
and n0w i already have license P.....
huhuhu... happy like a sunny day .... right??? (^_^)v