With0ut a WorD...

without a word, you made me know love
without a word, you gave me your love
made me fill my self with your every breath,
then you ran away
without a word, love left me
without a word, love tossed me aside
not knowing what to say,
my lips must have been surprised,
because you came without a word...

sA pe bkak bl0g nih kne FoLLoW.... haha (",)v

Showing posts with label .:.inf0 kesihatan.:.. Show all posts
Showing posts with label .:.inf0 kesihatan.:.. Show all posts

Tuesday, February 22, 2011

tips membuang lemak di peha!!! hahaha (~_~)

Adakah anda ingin membuang lemak berlebihan dibahagian peha anda? Ya anda boleh lakukannya, tetapi jika anda fikir yang anda boleh menghilangkan lemak dipeha anda dengan cepat menggunakan pil kurus atau makanan sampingan, anda sebenarnya salah! Dan jika anda fikir ada senaman tertentu yang boleh anda lakukan untuk membuang lemak dipeha anda sahaja, sekali lagi anda sebenarnya salah!!!



 Hakikatnya, samada anda ingin membuang lemak di bahagian peha, perut ataupun pinggang, tidak ada cara untuk anda untuk membuang lemak pada bahagian-bahagian tertentu sahaja pada badan anda. Anda mesti membuang lemak di SELURUH bahagian badan anda. Anda tidak boleh memaksa badan anda untuk membakar lemak pada bahagian-bahagian tertentu sahaja, malahan badan anda sendiri yang akan menentukan dimana ia patut mula membakar lemak.

Jadi seharusnya anda melakukan aktiviti-aktiviti yang membantu anda untuk membakar lemak diseluruh bahagian badan anda. Secara asasnya anda perlu mengikuti program diet yang seimbang, disertai dengan latihan kekuatan dan kardiovaskular. Inilah cara yang paling sihat dan cepat untuk anda membuang lemak baik dipeha mahupun diseluruh badan anda!

strategi kurus t0k si lurus!!!

"Boleh ke you lari , Mimi?"

Itu pertanyaan seorang teman tahun lepas apabila diberitahu saya akan berlari maraton.

Alhamdullilah, saya sudah buktikan saya boleh menamatkan my first 10 km run. Saya faham, ramai yang melihat badan saya, ramai yang menggelengkan kepala. Namun, selepas memasuki larian 10 km pertama tahun lepas, saya dapati sesiapa sahaja pada apa sahaja saiz boleh melakukannya.

Tahun ini, saya nekad untuk memasuki dua pertandingan maraton (10km setiap satu) dan berharap untuk membuat larian 21km (half maraton) yang pertama pada tahun 2012. Berdasarkan pengalaman tahun lepas, dua hari sakit badan selepas berlari, saya kini berlatih di gim dengan momentum intense workout sekurang-kurangnya sejam sehari .

Bersenam adalah satu hobi yang memberi impak secara langsung pada kesihatan, kecantikan dan disiplin diri. Tetapi, berapa ramaikah yang sanggup bersenam setiap hari dan menjadikannya sebahagian dari rutin? Ramai yang lebih rela mengambil short cut untuk kurus dan cantik dengan mengambil pelbagai jenis ubat dari bersenam.

Saya bukan pakar kesihatan apatah lagi jurulatih seperti Kevin Zahri, tetapi dari pembacaan dan menonton siri Biggest Loser hanya dua perkara sahaja yang boleh memastikan kita kekal slim dan sihat iaitu bersenam dan menjaga pemakanan. Sekali lagi, berapa ramaikah yang sanggup bersenam setiap hari dan menjadikannya sebahagian dari rutin?

Minggu lepas, saya berjumpa doktor berbincang mengenai langkah memastikan badan saya tidak tercedera semasa berlatih. Sesuatu yang menarik mengenai badan manusia ialah ia menyesuaikan mekanik dan fisio badan sejajar dengan usia. Kata beliau, "jika kita terus makan kuantiti yang sama seperti tahun lepas tanpa bersenam, berat badan kita akan naik 2kg setiap tahun,".

Bayangkan berat badan saya di usia 40, jika saya tidak bersenam semenjak usia menginjak 30 tahun.... aarghhh ekstra 20 kg!

Mempunyai berat yang stabil  di usia 40 tahun dan kelak di usia-usia emas memudahkan kita beribadat. Tua itu pasti, tapi jika kita dapat perlahankan proses penuaan, alangkah mudahnya kita mencapai matlamat untuk ke rumah Allah, kelak. Tiada formula ajaib untuk memperlahankan proses penuaan melainkan bersenam dan menjaga pemakanan.

Bagi si Lurus (Dummy) seperti saya yang tidak pernah kisah apa orang nak cakap mengenai saiz badan, berikut ialah beberapa strategi senaman dan pemakanan yang saya lakukan:
 
Saya belajar elakkan makan apa sahaja yang double fry. Contohnya french fries dan makanan sejuk beku. Setiap makanan itu sudah digoreng sebelum dibekukan dan digoreng sekali lagi sebelum dihidang. 

Saya belajar untuk memahami kalori setiap makanan. Misalnya, kalori sekeping roti canai bersamaan dengan tiga kali ganda semangkuk kecil nasi (baiklah makan nasi kalau macam itu).

Saya belajar untuk minum banyak air kosong (nasib baiklah saya berlatih di gim yang memaksa saya minum banyak air) 

Saya belajar mendisiplinkan diri untuk bersenam setiap hari. Dari pembacaan, saya dapati, jika kita bersenam tiga kali seminggu, itu hanya untuk kekalkan berat badan yang sedia ada. Jika mahu kurangkan berat badan, perlu bersenam setiap hari.

Saya baru tahu betapa pentingnya tidur untuk memulihkan fisio.

Saya belajar untuk menikmati dalam kesederhanaan setiap makanan yang dimakan.

Mencari kawan-kawan yang mempunyai minat bersenam yang sama (masih mencari...)

Beri kesempatan badan anda untuk turun berat secara perlahan-lahan. Bayangkan, jika berat badan kita naik 2kg setahun, adalah mustahil untuk menurunkan 20kg yang dikumpul selama 10 tahun dalam tempoh kurang setahun.

Don't rush dan jangan sesekali guna alasan nak kurus sebab nak kahwin. Matlamat sihat (atau untuk kurus) perlu faktor yang konkrit bukannyasuperficial. Barulah kekal untuk jangka masa lama.

Terus-terang, saya teruja menantikan usia 40. Marilah kita sama-sama growing old gracefully. Semoga generasi akan datang adalah generasi yang sihat badan, minda, emosi dan roh.

penat2 j0gging tp x kurus gak!!! tensi0n hehe (@_@)

Masalah ini memang ketara tapi penyelesaian memang mudah. Sayang ramai tidak mengetahui cara jogging untuk membakar lemak.

Paga hujung minggu atau waktu petang memang ramai yang berjogging dekat taman2, gym ataupun treadmill di rumah. Stamina atau cardiovascular capacity memang meningkat tetapi lemak dan berat badan tidak beruah! Kenapa?

Sebab anda tidak dapat mewujudkan kalori deficit (kalori masuk > kalori keluar).

Most probably semasa sessi jogging, anda tidak membakar lemak tetapi glycogen! Apa tu?

Ok masalah point pertama agak mudah untuk difahami sebab kalau anda makan (kalori masuk) melebihi pengunaan badan (termasuk jogging dll) tentunya makanan berlebihan akan disimpan sebagai lemak.
Apa itu glycogen atau glikogen?

Untuk bulan ini saya nak fokus lebih kepada point kedua: Adakah anda membakar lemak ataupun glycogen?

Ok badan kita mempunyai dua sumber tenaga: glycogen & lemak. Sebagai pengumpamaan, andaikan:
 
glycogen adalah wang tunai (badan boleh menyimpan lebih-kurang 2000 calori at one time)

lemak sebagai duit simpanan bank.

makanan adalah sumber wang tunai

10 tips t0k kempiskn per0t..!!!

Inginkan otot abs yang kental, kempis dan menarik? Sebenarnya tidak lah sukar sangat. Anda tidak perlukan suplemen hebat, tak perlu peralatan yang canggih. Ikutilah tip-tip berikut:
 
1. Penting kualiti daripada kuantiti!

Tidak perlu melaku beratus-ratus sit ups setiap hari! 1 ataupun 2 sessi seminggu dengan latihan berkualiti adalah lebih baik. Don’t overtrain.

2. Untuk merangsangkan otot abs anda setiap sessi, pelbagaikan latihan abs ! Gunakan latihan yang berbeza untuk latih abs daripada sudut yang berbeza. Bahagian abs termasuk, upper, mid, lower dan obliques.

3. Fokus kepada contraction otot abs semasa latihan!

Make sure its your abs that is doing the work dan bukan bahagian otot yang lain (back, leher dll).

4. 5Fokus kepada pernafasan.

Hembus nafas ketika “exertion” (ataupun ketika melakukan “crunch”). Ini akan membolehkan anda contract otot abs dengan sebaik mungkin

5. Untuk sessi workout abs, lakukan 2-3 latihan yang berbeza. Sebagai panduan, stick to 3 set bagi setiap exercise dan 15-20 ulangan (reps) bagi setiap set.

6. Latihan abs yang terbaik tidak akan menolong anda untuk kempiskan perut selagi adanya lapisan lemak antara otot dan kulit!

7. Penjagaan makanan adalah mustahak untuk memeliki bahagian perut yang cantik! Elakkan makanan berminyak, garam. Minum banyak air dan pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang.

8. Jaga kalori anda.

Seperti mana yang saya katakana dahulu, anda perlu cipta kalori deficit untuk membakar lemak berlebihan.

9. Latihan kardio ataupun bersukan adalah cara yang sesuai untuk membakar kalori berlebihan! It also makes dieting easier as kita tidak perlu jaga pemakanan dengan terlalu rapat!

10. Jika anda telahpun kurangkan lemak badan tetapi tidak lagi nampak abs yang cantik, kurangkan pengambilan sodium (yang takung air badan) dan make sure semasa latihan, abs are fatigued. Tingkatkan ulangan ataupun beban jika perlu!

cara paling mudah & jimat t0k bakar lemak!!! haha (~_~)

Tahukah anda cara yang paling mudah untuk mempercepatkan kadar pembakaran lemak di dalam badan anda?

Jawapannya bukan sekali dari mana-mana makanan tambahan, kaedah senaman terbaru ataupun program diet yang hebat....

Ia jauh lebih mudah dan murah tetapi sangat-sangat berkesan....

Jawapannya ialah...... Minum Banyak Air!!!

Anda mungkin pernah diberitahu untuk minum lebih banyak air setiap hari, tapi adakah anda  sedar kebaikan air kepada usaha mencapai target fitness anda baik untuk membakar lemak, membina otot mahupun meningkatkan kadar kesihatan badan anda?
 

weight training t0k wanita!! (~_~)

Mengapa Latihan Bebanan (Weight Training) juga baik untuk kaum wanita?

Sudah menjadi suatu pemahaman biasa bagi kebanyakkan wanita yang bersenam digimnasium untuk menumpukan sepenuh masa bersenam mereka melakukan latihan kardiovaskular seperti larian di treadmill, berbasikal, cross trainer dan stepper. Namun jika diajak untuk melakukan weight training kebayakkannya menolak atas alasan mereka takut badan mereka akan menjadi berketul-ketul seperti lelaki. Tahukah anda yang weight training juga baik untuk wanita sepertimana ia baik untuk lelaki?
 
 Wanita Tidak Boleh Membina Otot-Otot Besar Seperti Lelaki Kecuali Dengan Bantuan Suntikan Hormon Testosterone.

Sebelum saya menerangkan kebaikkan weight training untuk wanita, kaum wanita perlu faham yang pembinaan otot-otot yang besar dan berketul-ketul hanya akan berlaku dengan adanya hormone Testosterone. Kaum lelaki menghasilkan hormon ini secara semulajadi didalam badan mereka dengan kadar yang jauh lebih banyak dari wanita. Hormon ini juga amat penting bagi tumbesaran dan mempengaruhi tahap kesihatan seseorang lelaki. Walaupun wanita juga menghasilkan hormon ini, namun ia tidak cukup untuk membina otot-otot yang besar walaupun seseorang wanita itu mampu melakukan weight training sehebat yang dilakukan lelaki!
 

air k0s0ng penawar segala penyakit!!!

Kajian para saintis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai banyak manfaat.
 
Japanese Medical Society misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu, amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius.

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan persatuan perubatan di negara matahari terbit itu ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang dan jangkitan pada air kencing.

Bagaimanapun amalan minum air kosong sebaik jaga dari tidur ini perlu mengikut beberapa peraturan untuk memastikan keberkesanannya.
 
Minum empat gelas air (160 ml) sebaik jaga dari tidur setiap pagi dan sebelum memberus gigi.

Berus gigi dan bersihkan mulut tetapi jangan makan atau minum apa-apa untuk 45 minit.

Selepas 45 minit anda boleh makan dan minum seperti biasa.

Selepas 15 minit mengambil sarapan, makan tengahari dan makan malam jangan makan atau minum untuk tempoh dua jam.

Bagi pesakit yang lanjut usia dan tidak larat minum empat gelas air sekali gus diperingkat permulaan, mereka boleh memulakan kaedah rawatan ini dengan meminum air secara berperingkat sehingga mampu mencapai empat gelas sehari.

Kaedah rawatan dipercayai mampu merawat pelbagai penyakit dalam tempoh tertentu:
 
1.Tekanan darah tinggi - 30 hari

2.Gastrik - 10 hari
 
3.Diabetes - 30 hari

4.Sembelit - 10 hari

5.Kanser - 180 hari

6. Tibi - 90 hari.

Pesakit artritis hanya perlu mengikuti rawatan tersebut untuk tiga hari. Rawatan ini tidak mempunyai sebarang kesan sampingan kecuali diperingkat awal pesakit mungkin kerap buang air kecil. -