With0ut a WorD...

without a word, you made me know love
without a word, you gave me your love
made me fill my self with your every breath,
then you ran away
without a word, love left me
without a word, love tossed me aside
not knowing what to say,
my lips must have been surprised,
because you came without a word...

sA pe bkak bl0g nih kne FoLLoW.... haha (",)v

Showing posts with label .: tazkirah k0sir0h:.. Show all posts
Showing posts with label .: tazkirah k0sir0h:.. Show all posts

Thursday, April 7, 2011

muHasabaH diRi..... (!_!).....


Renungan Kehidupan...

Setelah solat malam, ditengah keheningan malam … 
cuba kita semua renungkan tentang:~ :

1. KEPALA kita! 

Apakah ia sudah kita tundukkan, rukukkan dan
sujudkan dengan segenap
kepasrahan seorang hamba
yang tiada daya di hadapan
Allah Yang Maha Perkasa??atau ia masih
tetap berdiri megah dengan segala keangkuhan dan
kesombongan sebagai seorang manusia?

2. MATA kita!

Apakah ia sudah
kita gunakan untuk menatap
keindahan dan keagungan
ciptaan-ciptaan Allah Yang Maha Kuasa, atau kita gunakan untuk
melihat perkara-perkara keji dan maksiat?

3. TELINGA Kita!

Apakah ia sudah kita gunakan untuk
mendengarkan suara azan,
bacaan Al Quran, seruan
kebaikan, atau kita gunakan
utk mendengar perkara yang sia-sia dan tidak bermakna?

4. HIDUNG Kita! 

Apakah sudah
kita gunakan untuk mencium
sejadah yang terhampar di
tempat solat, mencium anak-anak tercinta serta
mencium kepala anak-anak yatim piatu yang telah kehilangan kedua
orang tua??Ingatlah,mereka sangat 
mendambakan cinta dari orang yang menyayangi mereka.

5. MULUT kita!

Apakah sudah kita
gunakan untuk bercakap tentang
kebenaran dan kebaikan??
nasihat-nasihat bermanfaat serta kata-kata bermakna..
atau kita gunakan untuk
mengatakan kata-kata tak
berguna dan berbisa serta
mengeluarkan penyakit lisan seperti:
bergibah, memfitnah, mengadu domba, berdusta
bahkan menyakiti hati sesama manusia?

6. TANGAN Kita!

Apakah sudah
kita gunakan utk bersedekah
kepada orang yang lemah, membantu
sesama yang kena musibah,
membantu sesama yang memerlukan bantuan, mencipta karya yang
berguna bagi ummat atau kita gunakan untuk mencuri,
merompak, menzalimi orang lain serta merampas
hak-hak serta harta orang yang tak berdaya?

7.KAKI Kita!

Apakah sudah kita
gunakan untuk melangkah ketempat ibadah, ke tempat
menuntut ilmu bermanfaat, ketempat-tempat pengajian
yang kian mendekatkan hati kita kepada Allah Yang Maha Penyayang
atau kita gunakan untuk melangkah ke tempat maksiat dan kejahatan?

8. DADA Kita!

Apakah didalamnya
tersimpan perasaan yang
lapang, sabar, tawakal dan
keikhlasan serta perasaan
selalu bersyukur kepada Allah Yang Maha Bijaksana,
atau di dalamnya tertanam ladang jiwa
yang tumbuh subur daun-daun takbur, biji-biji bakhil, benih iri
hati dan dengki serta
pepohonan berbuah riya?

9. PERUT kita! 

Apakah didalamnya diisi oleh makanan halal dan makanan
yang diperoleh dengan cara yang halal sehingga semua
terasa nikmat dan berkah. Atau didalamnya diisi oleh makanan
yang diperoleh dengan cara yang tidak halal, dengan segala
sifat tamak dan kerakusan kita?

10. DIRI kita!

Apakah kita sering
tafakur, tadabur, dan selalu
bersyukur atas setiap kurnia dan nikmat yang
diberi oleh Allah Yang Maha Berkuasa?

Renung-renungkanlah..Semoga kita Terhindar dari perbuatan maksiat dan sentiasalah istiqamah di jalanNYA..

InsyaAllah,Amin Allahumma Amin.

cinTa... 0h... cinTa....


jawapan cinta seorang SAHABAT


Sejak kebelakangan ni, saya asyik dengan kerja-kerja sekolah yang bertimbun. Baru-baru ni, saya luangkan sedikit masa bersama seorang rakan. Saya agak terkejut dengan perkhabarannya. Dia dan dua orang lagi sahabatku sedang dilema cinta. 

Ya Allah! Banyak yang saya ketinggalan tentang cerita sahabat-sahabat saya. Walaupun belajar sama-sama, namun, masa yang selalu mencemburui saya sering menghalangi saya dan sahabat-sahabat untuk bersama dan meluahkan isi hati masing-masing.


Dia memulakan luahannya. Dia jatuh hati dengan seorang rakan kami. Dia terpikat dengan peribadi lelaki itu. Lelaki itu baik dengannya, lembut dalam berbicara. Dia mengaku, dia sebenarnya takut untuk beritahu saya. Saya gembira kerana dapat mendengar masalah hatinya. Saya gembira kerana dia sedia membantu dirinya sendiri. Sebenarnya, dia tidak perlu berasa takut dengan saya tetapi berasa takut dengan Allah. Dia inginkan jawapan daripada luahan hatinya. Dia meminta pandangan saya. Dia takut, dengan melayan perasaan yang tiba-tiba muncul itu akan mengganggu gugat hati yang sedang mengejar impian. Dia juga berkata,

“kalau macam ni la, aku lebih rela kahwin muda daripada diselubungi dosa. Aku tak nak lalai. Bila aku ingat dia je, aku akan tidur untuk lupakan dia. Aku risaulah kalau aku betul-betul jatuh hati dengan dia.”

JAWAPAN CINTA


Saya hanya menganggukkan kepala dan menjawab :

Cuba kita fikir balik. Apa kelebihan dan faedah kalau kita bercinta? Ya! Memang rasa suka itu fitrah. Perasaan memang selalu datang tanpa diundang. Bila rasa tu nak datang, dia tak pernah bagi salam dulu. Rasa tu main datang je kan. Allah tak bunuh fitrah kita tu, tapi, ada jalan penyelesaian yang lebih baik dan diberkati-Nya. Salurkanlah rasa suka itu hanya pada peribadinya, contohilah yang baik, jangan sampai cinta menodai hati kita. Bila kita melayan perasaan, syaitan akan memainkan peranannya iaitu mengganggu gugat hati dan fikiran kita untuk ke arah memikirkan si dia lebih dari mengingati Dia.



Berhati-hati dalam menjaga hati

Berdoalah selalu agar kita diteguhkan hati untuk melayari bahtera dunia yang semakin fana’. Kita kena istikharah daripada sekarang. Tapi, jangan ingat si dia dalam istikharah kita sebab kita akan cenderung pada dia. Nafsu dan syaitan akan mengganggu kita. Berdoalah agar kita dikurniakan Allah pasangan yang baik dan soleh. Untuk dapatkan yang soleh, kita kenalah jadi solehah dulu.

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).” (Surah al-Nur : 26)

Cuba kita fikirkan, sampai bila kita yakin kita boleh suka dan sayang orang tu? Sampai kita umur 20 tahun? 24 tahun? Selamanya? Umur kita masih muda untuk memilih pasangan hidup kita. Fikirlah jangka masa panjang jika hati sudah mula hendak memiliki. Andai kita bercinta di usia muda, apa matlamat hubungan cinta itu? Bagaimana pengakhirannya? Adakah dengan nikah? Adakah sebagai tunang? Atau hanya sebagai pasangan yang hangat bercinta di sekolah saja? Bagaimana pula jika kita putus di tengah jalan? Takkah sia-sia? Takkan kita nak bagi pasangan sehidup semati kita sisa-sisa cinta saja? Takkan kita nak serahkan sisa cinta untuk suami kita nanti? Patutkah? Fikirlah untuk jangka masa panjang.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah al-Israa’ : 32)

 FIKIR-FIKIRKAN
Cuba pula kita renungkan, ibu dan ayah kita susah payah cari duit, bekerja, semata-mata untuk membiayai pembelajaran kita. Bukan berpuluh tapi beratus malah sudah beribu agaknya jika dihitung dari kita tadika hinggalah ke peringkat sekarang. Takkan kita nak hampakan harapan mereka hanya kerana satu perasaan? 

Daripada kita topup RM10 seminggu, cuba kita kumpul, kan banyak tu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Berbaloikah kita membazir dengan topup hanya untuk menghubungi (mesej, calling) si dia yang belum jamin lagi dia akan jadi milik kita. Bolehkah kita pasti dan yakin bahawa dia milik kita dan kita milik dia? Pastikah? Ramai lagi yang akan kita temu bila sudah bertemu dengan dunia luar seperti di universiti atau kolej dan sebagainya. Kalau kita bagi lampu hijau pada syaitan, macam-macam syaitan boleh buat.

Fikirkan juga perasaan Allah. Jangan sesekali pinggirkan Allah dalam soal hati kita. Luahkanlah segala-galanya pada-Nya kerana Dialah kaunselor yang terhebat dan terbaik. Ayat-ayat cinta-Nya mampu meranapkan dinding gelisah, sedih dan tidak tenteram yang bersarang dalam hati dan jiwa kita. Solatlah untuk mendekatkan lagi kecintaan kita pada-Nya. Berdoalah pada-Nya kerana Dia adalah penolong terbaik kita semua.
Ya Allah..

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir”.” (Surah al-Baqarah : 286)

Berhati-hatilah dalam menjaga hati kerana di situ letaknya iman, tumpahnya takwa.  Andai hati kita dicemari dosa dan noda, maka matilah hayat sekeping hati itu untuk bertasbih kepada-Nya

Sunday, February 27, 2011

yg haram tetap haram right??!!!!!....... (~_~)v

Kami Couple, Tapi Islamic Way"
Assalamualaikum... Ni MO nak kongsi 1 kisah lagi.. Tadi terjumpa artikel ni kat FB group Srikandi Muslimah.. Jom sama-sama baca..

Kisahnya mengenai 3 org, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamic punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di RFC. Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...

p/s :

yg HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipun untuk mengHALALkannya..peringatan untuk diri MO sendiri terutamanya....wallahualam

so kepada sesiapa yang bercouple tu hayatilah kisah di atas..

tak salah nak bercinta tapi biarlah cinta yang halal kerana cinta itu fitrah dan ia hadir tanpa dipinta...Siapa kita untuk menghalang rasa cinta yang diberikan oleh Sang Pencipta Rasa Cinta...

sahabat-sahabat tahu bagaimana kisah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah bercinta??? Cinta yang sangat mulus... Cinta yang disimpan di dalam hati, dan akhirnya memang itu dinamakan jodoh mereka berdua disatukan dengan ikatan yang halal. InsyaAllah MO akan kongsikan kisah percintaan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah lain kali..

kot-kot rajin nak baca Salahkah aku bercinta dan Rasa Cinta.
Klik jangan tak klik

Wednesday, February 23, 2011

❤●•Ù · CINTAMU,CINTA HAKIKI..KEKAL ABADI!!˙·Ù •●❤



Kalau la ada buat survey kepada semua penduduk di merata bumi ini, yang soalannya berbunyi begini:-

LEPAS KORANG MATI..KORANG NAK MSUK MANA??..
A) Syurga B) Neraka

kalau di tanya kat sejuta orang pun,aci kerat jari laa takkan adenye diorang sudi nak bulatkan jawapan B,kecuali kalau orang tu terlebih superb laa sampai tak takut langsung laa dengan azab api neraka ni kn....huhu~ and dah sure laa semua orang akan pilih jawapan A tak kira laa jantina,bangsa or agama apa pun yang dianuti...semua sama je...


tapi bila difikir & direnungkan kembali,berapa ramai je yang kat luar sana tu berusaha untuk menuju syurga...cukup dah ke amalan kita untuk bergelar penghuni taman2 syurga??Sedangkan setiap hari kite bergelumang penuh dengan dosa & maksiat dalam kita sedar @ tak..Sesungguhnye tiada istilah free of charge untuk masuk Syurga,tetapi ia perlu dibayar dengan segala amal ibadah kita yang ikhlas hanya untukNya..

So,apa yang penting banyakkan laa bertaubat & berdoa agar Allah dapat memberi petunjuk & hidayah dalam memudahkan perjalanan ke destinasi terakhir kita kelak~

Peringatan untuk diri sendiri & semua :)

p/s = "Tidak akan masuk syurga orang yang didalam hatinya terdapat kesombongan walau hanya sebesar zarah" ..wallahualam bisawab..


•*¨✮¨*•.•░•*¨✮¨*•.•░•*¨✮¨*•.•░•*¨✮¨*•.•░•*¨✮¨*••*¨✮¨*•.•░•*¨✮¨*•.•░•*¨✮¨*•.•░•*¨✮¨*•.•░•*¨✮¨*•

Jika sepasang kekasih BERDATING di taman,
Kita takkan sabar-sabar dating dalam HALAQAH,
Jika sepasang kekasih BERCUMBUAN dalam sembunyi, dibawah cahaya rembulan, berdua-duaan, jauh dari orang,
Kita BERKASIH SAYANG dalam sembunyi dan terang, tanpa takut dan bimbang..

Jika sepasang kekasih sering BERMAIN MADAH berhelah,
Kita berhibur dengan madah KALAMULLAH..

Jika sepasang kekasih sering MEMADU KASIH,
Kita berkasih atas landasan UKHWAHFILLAH,
bebas dari dorongan nafsu semata.


Jika sepasang kekasih akan menunaikan apa sahaja KEMAHUAN kekasihnya,
Kita pula berusaha sedaya upaya MENUNAIKAN apa sahaja kemahuan Sang Pencipta kita..

Jika sepasang kekasih sentiasa saling MENJAGA HATI,
Kita sentiasa saling menjaga AKHLAK dan PEKERTI sesama kita, saling MENASIHATI agar makin berkualiti..

Jika sepasang kekasih merasakan DUNIA ini mereka yang punya,
Kita sentiasa menyedari hakikat dunia ini ALLAH yang punya..

Jika sepasang kekasih sanggup KORBANKAN harta,keluarga dan maruah demi CINTA,
Kita sanggup korbankan SEGALA-GALANYA demi cinta AGUNGNYA,
dalam masa yang sama mencintai KELUARGA dan memelihara MARUAH setingginya..
INSYAALLAH..AMIN ALLAHUMMA AMIN..

P/S~>Sama2lah kita MUHASABAH DIRI..Dekatkanlah dgn CINTA ILLAHI..Amin ya Rabb

ஜ♥ KETIKA AKHAWAT JATUH CHENTA ♥ஜ


Akhwat Jatuh Cinta??
  
Tidak ada yang aneh, mereka juga adalah manusia...
Bukankah cinta adalah fitrah manusia???
Adakah akhwat tidak pantas jatuh cinta???
Mereka juga punya hati dan rasa...
Tapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka saat cinta seorang lelaki menyapa hatinya???
Tidak ada senyum bahagia, tidak ada rona malu di wajah, tak ada buncah suka di dada...

Namun sebaliknya...
  
Ketika Akhwat Jatuh Cinta...
Yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap...
Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah
ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tak suci lagi...
Ketika rasa rindu mulai merekah di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperih akan sebuah rasa yang tak semestinya…

Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu…
Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternoda…
Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah…
Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit…


Ketika Akhwat Jatuh Cinta…
Bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut…
Tak ada kata-kata cinta dan rayuan…
Yang ada adalah kekhuwatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal atau bahkan tak akan pernah halal baginya…

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh…
Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya…
Bahkan kendati dia harus menghilang, maka itu pun akan mereka lakukan...

Alangkah kasihannya jika akhwat jatuh cinta…
Kerana yang ada adalah penderitaan…


Tapi ukhti…
Bersabarlah…
Jadikan ini ujian dari Rabbmu…
Matikan rasa itu secepatnya…
Pasang tembok pembatas antara kau dan dia…
Pasang duri dalam hatimu, agar rasa itu tak tumbuh bersemai…
Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap...
Putar balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya…
Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu…

Ukhti…
Jangan khawatir kau akan kehilangan cintanya…
Kerana bila memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu…
Tapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tak akan pernah kalian bersatu…

Ukhti,
Bersabarlah.. Biarkan Allah yang mengaturnya...
Maka yakinlah... akan kertentuan Rabb-Mu terhadapmu…
Semua akan indah pabila tiba waktunya…
InsyaAllah..Allahumma Amin

~::*LUAHAN SEORANG SUAMI*::~

♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥  

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Wahai isteriku,
Jika kau harapkan kepadaku untuk menghargai dirimu
aku tidak mampu memberikannya selalu
kerana kekadang aku juga lemah tidak terdaya
Wahai isteriku
Haraplah pada Allah SWT
KERANA Allah SWT yang memegang jiwaku
agar aku menghargai dirimu

Wahai isteriku
Jangan sesekali kau menangis keranaku
tetapi menangislah kerana Allah SWT
yang kekadang kau lupa akan diriNya
kerana terlalu mengharapkan penghargaan daripadaku

Wahai isteriku
Aku takut meletakkan harapanku kepadamu
kerana aku lebih mengharapkan Allah SWT
untuk membimbingmu menjadi isteri yang terbaik untukku

Wahai isteriku
Aku takut menghargai dirimu
melainkan penghargaan atas kehendak Allah SWT
kerana aku hanya menurut kehendak Allah SWT

Wahai isteriku
Dikala kau bersedih keranaku
ketahuilah bahawa kau sedang jauh dari Allah
kerana kau mengharapkan diriku lebih daripadaNya

Wahai isteriku
aku tidak mampu membahagiakan dirimu
kerana aku hanya mampu lakukan yang terbaik untukmu
tetapi Allah SWT yang memberikan kebahagiaan itu untukmu

Wahai isteriku
simpanlah air matamu hanya untuk Allah
bukan untuk diriku
kerana aku bimbang kau lebih mengharapkan aku daripada Allah

Wahai isteriku
sesungguhnya aku menyayangi dirimu
hanyalah kerana Allah SWT
yang melantik diriku menjadi wakil utk menyayangimu

Wahai isteriku
sesungguhnya aku menjadi penemanmu
semata-mata kerana Allah SWT
yang mewakilkan diriku untukmu yang dikasihiNya

Wahai isteriku
Sesungguhnya aku juga insan yang lemah
yang sekadar memiliki kudrat
hanya atas apa yang Allah izinkan untukku

Wahai isteriku
tuntutlah penghargaan daripada Allah SWT
pasti nanti Allah SWT menggerakkan diriku
untuk menghargai dirimu

Wahai isteriku
semoga kita sentiasa diberi mawadah, rahmah dan sakinah
oleh Allah SWT
dengan semata-mata mengharapkan diriNya

Wahai isteriku,
aku redha dan rela dirimu mencintai Allah
lebih daripada mencintai diriku
Kerana aku yakin, apabila dirimu mencintai Allah lebih daripada mencintaiku,
kau bukan sekadar mencintai diriku,
malah pastinya kau redha dan sanggup berkorban apa sahaja
sepenuh hatimu untukku dan bersama denganku.
Dan semuanya yang kau relakan itu hanya kerana cintamu pada Allah SWT.

Wahai isteriku,
Aku mencintaimu kerana Allah SWT dan aku mengharapkan kau juga begitu.
Ya Allah, ajari kami ya Allah untuk menyayangi antara kami ya Allah.
Ajari kami untuk menghargai diri kami ya Allah. Jagai jiwa kami ya Allah.
Sesungguhnya perkahwinan kami ini atas kehendakMu ya Allah.
Kami serahkan seluruh kehidupan kami kepadaMu ya Allah.
Terima kasih ya Allah..terima kasih.

Semoga bermanfa'at

Oleh:Admin Muslimah Sholehah
Dipersilahkan bagi yang ingin share or copas,
semuanya milik bersama

Bagi sahabat2 Muslimah Sholehah
yang berminat dan bersedia memberikan ilmunya berupa catatan,
puisi,doa dan kisah yang dapat menambah keimanan kita,
silahkan hubungi admin Andhika Al-Banjari Mtp

✿ Prinsip ABC ✿

✩ A mbil yang baik
✩ B uang yang buruk
✩ C iptakan yang baru

Keep Istiqomah wa HAMASAH

~::*KEIMANANMU YANG MEMBUATKU JATUH CINTA*::~

♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥  

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Mencintai orang-orang beriman yang senantiasa taat kepada Allah, sangat besar pahalanya.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :

“Sesungguhnya kelak pada Hari Kiamat Allah akan berfirman,
“Di mana orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu?
Pada hari ini Aku akan memberikan naungan kepadanya
dalam naunganKu di saat tidak ada naungan kecuali naunganKu”

Diriwayatkan hadis dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda :

“Demi Allah, kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman.
Tidak sempurna keimanan kamu sehingga kamu saling mencintai.
Adakah kamu mahu aku tunjukkan sesuatu,
yang mana jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling mencintai?
Sebarkanlah salam di antara kamu!” (HR. Muslim).

Dalil yang dimaksudkan di dalam hadis ini adalah sabda Rasulullah SAW,
“Tidak sempurna keimanan kamu sehingga kamu saling mencintai”.
Hadis ini menunjukkan tentang besarnya pahala saling mencintai kerana Allah.

Hadis dari Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda :

“Sesiapa pun tidak akan merasakan manisnya iman,
sehingga ia mencintai seseorang hanya kerana Allah semata.” (HR. Bukhari).

Hadis dari Abu Dzar yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Hibban, ia berkata :

“Wahai Rasulullah, bagaimana jika ada seseorang yang mencintai suatu kaum
tapi tidak mampu beramal seperti mereka? Rasulullah SAW bersabda,
“Engkau wahai Abu Dzar, akan bersama siapa sahaja yang engkau cintai.” Abu Dzar berkata; maka aku berkata, “Sungguh, aku mencintai Allah dan RasulNya.” Abu Dzar mengulanginya sebanyak satu atau dua kali.”

Hadis Muadz bin Anas Al-Jahni bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,
membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.” (HR. Al-Hakim).

Semoga Bermanfa'at

Oleh:Admin Muslimah sholehah

Dipersilahkan bagi yang ingin share or copas, semuanya milik bersama
Bagi sahabat2 Muslimah Sholehah yang berminat dan bersedia memberikan ilmunya berupa catatan,
puisi, doa dan kisah yang dapat menambah keimanan kita,
silahkan hubungi admin Andhika Al-Banjari Mtp
✿ Prinsip ABC ✿

✩ A mbil yang baik
✩ B uang yang buruk
✩ C iptakan yang baru

Keep Istiqomah wa HAMASAH

~::*BILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUK*::~

♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♫•*¨*•.¸¸ï·²¸¸.•*¨*•♫♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥  

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!
WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang
rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain.

Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak
cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"
Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA.

WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.
Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut.

Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya.

Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.

*Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat...*

*Kerana itu, **jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati.**.. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai?

Kira merasakan akan
*menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.*

*Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?? *

semoga bermanfa'at

Oleh:Admin Muslimah sholehah Andhika Al-Banjari Mtp

 Ambil Hikmah sebuah Pengalaman

Dipersilahkan bagi yang ingin share or copas,
semuanya milik bersama

✿ Prinsip ABC ✿

✩ A mbil yang baik
✩ B uang yang buruk
✩ C iptakan yang baru

Keep Istiqomah wa HAMASAH

Wednesday, February 9, 2011

taZkiRah Dri kawan BAIK....... (~_~)

"apabila bertemu 0rg jahil anggaplah mereka lebih mulia drpada kita kerana mereka mmbuat d0sa dlm kejahilan sedangkn kte mmbuat d0sa dalam keadaan mengetahui...."

"Rasulullah S.A.W. bersabda, menjelangnya waktu s0lat se0rang malaikat adalah dtugaskn supaya menyeru..: 'hai anak Adam!!! bangunlah dan padamlah api yang sedang kamu nyalakn untuk membakari dirimu itu....' . manusia p0n bangun, berwhuduk dan sembahyang z0h0r.... ini menyebabkn d0sa2 yg dilakukn sejak matahari terbit teramp0n... demikianlah diulangi pada waktu Asar, Maghrib, dan Isyak... slpas Isyak 0rg tid0r... ttp ada sesetengahnya sib0k mengerjakan KEBAIKAN dan yg selainnya sib0k mengerjakn MAKSIAT "

"Drpd Abu Al-Abbas Sahl Bin Sa'ad As-Saa'di r.a., beliau berkata " se0rang lelaki tlah dtg menemui Rasulullah dan berkata : " wahai Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan apabila aku melakukannya, ALLAH S.W.T. cinta kepadaku dan manusia juga cintakepadaku.." Rasulullah S.A.W. bersabda : " zuhud terhadap dunia nescaya kam0 akan dicintai 0leh ALLAH dan zuhud terhadap apa yg dimiliki oleh manusia, nescaya kamu akan disukai 0leh manusia..."

taZkiRah Dri kawan BAIK....... (~_~)

" barangsiapa yg beristighfar sbnyak 10x slpas s0lat, maka ALLAH akan mengampunkn d0sanya walaup0n d0sa dan kesalahannya sebesar BUMI.... sesungguhnya ALLAH itu Maha Pengampun tp Maha binasa juga balasannya.... Rendahkn hatimu padaNya, k0rbankn segalanya demi cintamu pada ALLAH.... selangkah kau kembali kpadaNya, 1000 langkah ALLAH dtang kpadamu... selangkah kau jauh driNya...., 1000 langkah ALLAH lari dri kita.... hidup kita akn terumbang-ambing dan tiada arah andai kita jauh dri ALLAH...."